Thursday, January 12, 2017

Majalah Roda-Roda Bilangan 3 (Januari 1987)

Seperti yang dijanjikan, entri kali ini masih lagi bercerita tentang majalah permotoran negara iaitu Roda-Roda. Sekitar tahun 80-an, majalah ini sangat popular di kalangan pencinta dua roda tempatan. Bagi saya, selain isi kandungannya yang ringkas tetapi padat, gaya bahasa yang digunakan sangat-sangat bagus iaitu memperkasakan bahasa kebangsaan kita. Komponen-komponen dan frasa automotif kebanyakannya diterjemah kepada bahasa malaysia sepenuhnya seperti brek gelendong, ladam brek, penyerap hentak, silinder angkup, brek ceper, pelana dan lain-lain lagi. Anda harus membacanya sendiri!

Baiklah, kali ini saya kongsikan sedikit paparan majalah Roda-Roda bilangan 3 keluaran Januari 1987 (maaf, sehingga hari ini saya masih gagal mendapatkan RR bilangan 2).


Paparan kulit hadapan, memperlihatkan..

.. perlumbaan Grand Prix Pasir Gudang sebagai paparan utama. Antara yang menarik adalah artikel pandu uji Kawasaki GPZ550, menyelenggara karburator, catatan perjalanan konvoi malaysia-thailand, Grand Prix Pasir Gudang dan paling istimewa sudah tentu ruangan "Bintang Bulan Ini", memperlihatkan jentera rxz 5-kelajuan yang telah melalui proses modifikasi. Mantap!








 Begitulah serba sedikit gambaran majalah RR bilangan 3 ini. Bagi generasi Y seperti saya, membaca naskah lama seperti ini membawa saya merasai suasana berasa di zaman tersebut. Bagi anda yang sememangnya melalui usia di zaman tersebut, sudah pasti ia mengimbau 1001 kenangan dan nostalgia, bukankah begitu?

Bagi anda yang terlepas membaca re-view majalah RR bilangan 1, anda boleh melihat kembali entri saya terdahulu. Sekian, selamat membaca.


🔺 : Bagi anda yang mahukan salinan mukasurat lengkap Majalah Roda-Roda ini sebagai koleksi peribadi, dapatkan 1 salinan e-book dalam format PDF dengan harga serendah RM5. Hantarkan emel anda ke yazid_torpedo@yahoo.com.my





1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...