Seperti tajuk tertera, majalah Roda-Roda bilangan 4 telah diterbitkan dan dipasarkan pada Februari 1987. Saya tidak lahir lagi pada masa ini sebenarnya. (He..he..). Untuk paparan edisi ini, Suzuki RC100 menjadi watak utama pada kulit hadapan majalah ini, dengan tajuk 'Pandu Uji RC100'. Pada kulit belakang pula, poster Suzuki Panther baharu masih lagi terpapar. Selain itu, poster iklan rokok jenama Marlboro juga masih lagi terpapar megah dengan tagline nya 'No.1 di Amerika dan di dunia'. Poster-poster kecil dalam majalah lama ni, rasanya kalau dapat ke tangan peminat poster lama atau peminat sesetengah jenama, sudah habis agaknya dipotong dan diletakkan dalam frame untuk digantung pada dinding. Memang cantik, tetapi hilanglah pancaindera majalah itu sendiri. Jadi, sekiranya majalah lama ini masih sempurna, janganlah dipotong-potong. Sayang.....
Poster panther ini,...
memang cantik kalau diletak di dalam frame.
Baiklah, antara topik yang menarik di dalam edisi kali ini ialah
pengenalan kepada model baharu topi keledar jenama tempatan, iaitu
helmet model LTD MAG4 SG keluaran Solid Gold Helmet Co (pengeluar helmet
jenama SGV). Rekabentuk menyerupai jenama BELL USA, tapi ini versi
'local' yang tentunya datang dengan harga mampu milik. Selain itu, 5 halaman diperuntukkan untuk laporan kisah pandu uji motosikal Suzuki RC100. Ini antara motosikal mampu milik bagi orang kebanyakan di zaman tersebut, menjadi pilihan ramai anak muda.
Di pertengahan perjalanan, mata pembaca dicuci dengan beberapa tempelan foto sekitar Grand Prix Shah Alam 1986 (perlumbaan pada hujung tahun 86). Menarik dan nostalgik. Ruangan Bintang Bulan Ini pula memaparkan motosikal RD YPVS dari Terengganu dengan gayanya tersendiri. Itulah serba sedikit paparan di dalam majalah Roda-Roda bil.4/1986. Untuk tatapan anda bagi mengimbau kembali kenangan lama. Kalau mahukan paparan penuh yang lengkap, boleh hubungi saya!
🔺 : Bagi anda yang mahukan salinan mukasurat lengkap Majalah Roda-Roda ini sebagai koleksi peribadi, dapatkan 1 salinan e-book dalam format PDF dengan harga serendah RM5. Hantarkan emel anda ke yazid_torpedo@yahoo.com.my
Assalam bang.. Sy tengah cari bengkel utk restore sbiji cg125..bole suggest tak utk area pt raja tu.. Tq
ReplyDelete+60177656249 (aidil),cuba hubungi sahabat saya ini. Mana tahu boleh membantu
Deletewaah..1987 punya!time tu sy lower 6 kat sbuah skolh menegh agama di Kedah. Mula trtarik dgn mjlh ni ms form 5...gi rumah sewa kwn2, nmpk mjlh RR. skali dh belek2, lps tu ulang gi lg nk bc yg lbh lm sket.Smpai skrg msih mnjd pilihn utama utk mjlh2 motor ni.
ReplyDeleteSalam bro . . Boleh x saya dapatkan salinan roda2 ni
ReplyDeletehantarkan emel ke yazid_torpedo@yahoo.com.my
DeleteNanti saya akan beritahu langkah-langkah seterusnya.
As stated by Stanford Medical, It's really the ONLY reason this country's women get to live 10 years more and weigh 42 lbs lighter than we do.
ReplyDelete(And by the way, it has NOTHING to do with genetics or some hard exercise and absolutely EVERYTHING to related to "how" they are eating.)
P.S, What I said is "HOW", and not "WHAT"...
Tap this link to determine if this quick questionnaire can help you release your true weight loss possibility
Salam perkenalan. Boss cuma nak tanya majalah keluaran bila saya tak pasti antara 1987 -1990 ada gambar Yamaha Yzf @ Fzr modified jadi Yallen. Jika ada boleh dptkan poster tak? TQ
ReplyDeleteSlm sahabat...sya adalah peminat tegar majalah roda2 dlu...bcoz pakcik sya adalah seorang pelumba ketika itu...ROSLAN BIN SHAFIE...mto lc 350 no 4..tpi syg beliau tlh meninggal dunia akibat kemalangan jln rya...kini tgl knangan...
ReplyDeleteSlm sahabat...sya adalah peminat tegar majalah roda2 dlu...bcoz pakcik sya adalah seorang pelumba ketika itu...ROSLAN BIN SHAFIE...mto lc 350 no 4..tpi syg beliau tlh meninggal dunia akibat kemalangan jln rya...kini tgl knangan...
ReplyDelete