Friday, November 25, 2011

Lucky Strike Cigarettes

Today i'm continue my story about "trip to Indonesia"

hey hey, i found something that cannot be found in Malaysia..

That is it!


hehe...Lucky Stike cigarettes.

only in Indonesia! very cheap, compared with malaysian price

**aku beli rokok ni di Solo, Indonesia
Harga di sana 10,600 rupiah... bersamaan RM3.12...murah kan?? hehe 

Thursday, November 24, 2011

Trip to Indonesia

Haiii...
ketika aku menulis entri ni, aku masih lagi berada di Solo, Jawa Tengah, Indonesia.
malam ni adalah malam terakhir aku di sini.. Esok tenghari aku aku berlepas pulang ke Malaysia.
seminggu aku berada di negara 'paling ramai orang Islam' ini, banyak giler benda-benda baru yang aku jumpa, aku alami dan aku rasa..

Perjalanan di Solo, Semarang, Demak dan Jogyakarta memang menarik. Baru aku tahu macamana keadaan di negara ini. Ada banyak pemandangan yang cantik. Sebab ada banyak gunung ganang, sawah padi dan macam2 aktiviti ekonomi. Kunjungan ke Universiti Diponegoro dan Universiti Muhammadiyah Solo juga sangat menarik.  Suasana pembelajaran di sana berbeza dgn universiti kami (UTHM). Pelajar2 dengan selamba je study ramai2 di kaki lima..sangat unik.. cuma aku hairan bila lihat mereka tanpa takut2 merokok di dalam kawasan universiti. Apa pun, semangat belajar mereka sgt mengagumkan sebab mereka boleh belajar dlm keadaan kekurangan kemudahan. (kalau kat Malaysia, mahasiswa dah mengadu macam2 agknye..termasuk aku..haha).

TETAPI, ekonomi di sini tidak sama dengan Malaysia. Masih terlalu ramai orang-orang yg hidup miskin, mengemis dan kurang pelajaran. Di mana-mana, kita boleh melihat banyak rumah-rumah yang kelihatan daif dan serba kekurangan jika nak dibandingkan dengan rumah-rumah di Malaysia. Dalam erti kata lain, "yang kaya semakin kaya, yang miskin tetap miskin"..Sumber ekonomi dari sumber pertanian dan tenaga buruh masih banyak. Walaubagaimanapun, suasana seperti itu sangat menarik. Seakan-akan aku berada di Malaysia pada era 80-an...klasik...hehehe.

Okehhh, dari segi elemen 'retro', aku boleh nampak banyak motosikal retro di atas jalan raya. Secara keseluruhannya, motosikal adalah pengangkutan utama di Indonesia. Sangat banyak motor di atas jalanraya (sampai nak melintas jalan pun susah..huhu). Dan motosikal retro yang paling banyak aku jumpe ialah 'Honda Hawk 145cc" (dikenali sebagai Honda GL Pro145cc di Indonesia).

*Honda GL Pro145cc (picture snapped at Plaza Hotel, Semarang, Jawa Tengah, Indonesia)


Seriously, sangat banyak.Kalau duduk kat tepi jalan, setiap selang 5 minit mesti akan nampak motor model ni lalu depan mata. macam2 corak dan 'pattern' modifikasi yang aku jumpa. Teruja jugak aku dibuatnya..hehehehe..Satu lagi ialah Yamaha RXking.. macam tak 'rare' dah kt sini..sebab banyak giler orang pakai..hehe..

Dah lah,sampai sini jelah aku cerita. sebenarnya ada banyak lagi yang aku belum cerita. Tapi aku dah tak larat lahh. Mata sudah mengantuk meyhhhh...T.T
Ada masa nanti aku cerita lagi ok. bye-bye.. nite =)

**nnti lepas aku balik Malaysia, aku update picture2 dan cerita lagi k..

Sunday, October 30, 2011

Tanggungjawab siapa?

Minggu lepas, seorang jejaka dari Sabah telah membeli 2 buah lampu belakang Honda Raider dari aku..
Alhamdulilah.... penghantaran menggunakan poslaju sampai ke Sabah dalam masa 2 hari.. (cepat jugak kn)

Tapi malangnya, salah satu daripada lampu tersebut telah pecah apabila sampai ke tangan pembeli..
Aduhhh..rasa bersalah sangat.. tapi mujurlah jejaka tersebut memahami risiko yang dihadapi apabila membeli barang jarak jauh..

Aku mintak maaf bro.. maaf sangat2...

** sebagai menebus kesalahan, aku akan jual sportrim MBX aku pada  kau jika sekali lagi kau cuba merisik harta kesayangan aku itu.

Friday, October 14, 2011

Mungkin kau tak tahu..

Mungkin kau tak tahu..

Aku cuba menulis di sini pabila aku tak mampu berbicara..
Pabila aku tak tahu dimana tempat untuk aku meluahkan rasa..
Sesungguhnya aku tak pernah singkirkan kau dari hati aku..
Benak fikiran aku tak pernah lari dari mengingatkan kau..
Soal hati aku tk pernah berubah terhadap kau..
Masih sama seperti aku mula2 mengenali kau, mendekati kau,  aku mendampingi kau dan aku dihindari kau..
Masih sama.. tidak pernah berubah...
Cuma masa dan situasi yang membuatkan perkara itu seperti tidak lagi kelihatan..


Mungkin kau tak tahu..

Bahawa aku masih tak tahu mengapa kau berubah sekelip mata..
Di mana silap aku...dari aspek mana kau menilai diri aku..
Salahkah aku hadiahkan baju the beatles utk kau..
Salahkah aku bagi converse buruk kesayangan aku untuk kau..
Jika aku tahu di mana silap aku, akan aku pastikan ia takkan berlaku..
Aku cuma nak kau gembira...aku cuma nk kau tersenyum..
Dan mungkin kau tak tahu.. salah satu alasan aku memanjangkan tempoh pengajian adalah kerana kau..
Kerana aku jangkakan yang kau akan sentiasa dekat dengan aku..
Tapi sebaliknya..ia tak terjadi...
Kalaulah aku tahu semua ini bakal berlaku.............

Mungkin kau tak tahu,,

Aku betul2 sukakan kau..aku sayangkan kau..
Sebab aku tk pernah jumpa insan sebaik kau...
Sifat independent kau..perwatakan kau..gaya kau..semuanya ckup meredupkan mata aku..
Aku takkan lupa tarikh 8 ogos..pertama kali kita berbicara soal hati..
Mungkin kau lupa..tetapi aku tidak..
Bahkan aku tak pernah lupa setiap peristiwa yang berlaku antara aku dan kau..
Semuanya masih segar dalam ingatan aku..
Sebab kau sangat istimewa..
Tapi aku tahu, aku harus pendam semua tu. tak mungkin layang2 mampu terbang tinggi jika tiada angin yg
menyokong..

Mungkin kau tak tahu...

Hati aku seolah-olah meramal sesuatu di saat kau menghindari aku..
Ramalan aku tepat, sekarang kau dah pun bersama insan yang kau pilih..
Memang sudah aku jangkakan insan terpilih itu..
Aku pasrah..aku redha..dan aku tumpang gembira..
Aku tak kisah jika aku tk dapat apa-apa, cukuplah sekadar aku mampu melihat gelak tawa kau dari sebalik lindungan..
Cukup mampu membuatkan aku tersenyum berbekalkan kenangan indah yang telah berlalu..
Cuma aku masih tak mampu berdepan dengan kau...
Aku cuba berpaling dan berpura-pura berwajah gembira setiap kali kelibat kau melintasi anak mata aku..
Aku tahu kau memandang aku...
Ingin sekali aku menatap wajah kau lama-lama..
Namun sengaja aku mengubah pandangan.. sebab aku tak mampu memandang kau terlalu lama.. aku tak mampu berbicara dengan kau..
Kerna aku takut kau terlihat raut wajahku yg gundah gulana ini..aku takut kau sedar bahawa aku masih memerhatikan kau..


Mungkin kau tak tahu..

Aku tak pernah menyesal mengenali kau..
Aku tak pernah anggap kau menyakiti hati aku..
Walaupun kadang2 aku terasa sesuatu yg mencucuk-cucuk hati aku bila aku teringatkan kau..
Aku tak tahu kenapa.. aku terganggu dek emosi yg tak stabil..
Tapi aku anggap itulah rencah kehidupan yang perlu aku hadapi..
Semuanya silap aku...aku yang mengharap...

Mungkin kau tak tahu...

Aku sedang belajar untuk tidak sayangkan kau..
Supaya aku tk menangis bila melihat kau bersama insan terpilih..

**thanks for the "Hard Days Night" movie.

Wednesday, October 5, 2011

GS'550 siap fasa restorasi enjin

Hari ni aku suka sgt..hehehe.. enjin motor Suzuki GS550 aku dah pn siap..(baru siap enjin jer, bodyset belum siap lagi)..
Tapi aku tetap happy, penantian 3 bulan untuk dengar deruman enjin tu telah pun berakhir..
Jom kita enjoy dengan sedikit video =)



video


Saturday, September 17, 2011

RM50 yang RARE!!

Hari ni aku dapat matawang lama yang aku cari2 selama ni iaitu sekeping RM50 yang tidak lagi dikeluarkan oleh Bank Negara.
Mungkin generasi sekarang tak pernah gunakan duit ini dan mungkin ada yang tak pernah tengok duit ni depan mata sendiri... inilah rupa ia ..



Haaa rare kan?? huhu
gembira betul hati aku dapat simpan duit ni sebagai koleksi.. oyeahhhh!!! ;D

RM2 dan RM5 yang tidak lagi dikeluarkan oleh Bank Negara

hohohoho...sebagai seorang collector dan peminat barangan retro, benda yang aku dapat ni sangat menggembirakan aku. apetah lagi aku dapat dalam kuantiti yang banyak..
Macam tak percaya je semua ni ada depan mata aku. Makin banyak laaaaa album matawang aku. boleh tunjuk kat anak cucu nanti..heheheheh..

okehh cukup, stop membebel. jom tengok apa yang aku dapat hari ni.. :)



haaaa..banyak kan?? gempak beb..huhuhu.. suka! suka!


p/s: nak sekeping?? send emel ke yazid_torpedo@yahoo.com.my.... hehehe

Syiling 10 yen

 Satu lagi koleksi, syiling 10 yen. emm tak pasti dari mana sumbernya, cuma yang pasti aku dapat dari ayah aku. maybe syiling ni dari auntie aku kot.. sebab auntie aku dulu belajar kt jepun..



aku tak tau apa dia tulis kat syiling tu, bukannya aku fahan bahasa jepun pun..hehehe
cuma kat bhagian depan tu ada gambar Istana..

p/s: tiba-tiba aku teringat rancangan Istana Takeshi kat ntv7 suatu ketika dulu.... seraaaaanggg.. haha!

Syiling RM1 tahun 1981

Yaaa...aku nak tunjuk koleksi terbaru aku untuk album matawang aku. Sekeping syiling yang aku tak pernah ada sebelum ni. Iaitu...



Haaaa inilah duit syiling RM1 yang dikeluarkan sempena RMK-4. 
Kat bahagian depan ada gambar Tun Hussein Onn dan bhagian belakang pulak ada jata negara Malaysia serta tulisan " 1 RINGGIT. RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT 1981-1985"

cantik kn? hehehe.. mahal gak harga syiling ni aku beli =.="
tapi tkpe, yang penting aku puas hati. Kira simbolik jugak la syiling ni bagi aku sebab aku student Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.. ada jugak la sangkut paut..hehehe

Sticker untuk TZR

Hari ni aku excited giler nak balik kampung. Tak tau kenapa. Maybe aku dah mula bosan kot duduk terperap jer kat rumah sewa. Satu lagi, aku rindu giler kat TZR aku..haha

Owh ya, pada entri yang lepas1 aku ada cakap aku berazam nak restore + cantikkan TZR aku supaya kelihatan lebih senonoh..heheh.. So, hari ni aku buat langkah pertama iaitu pasang sticker kat fullfairing..

inilah rupa sticker tersebut

sebelum sticker dipasang.

selepas sticker dipasang

Motor aku kelihatan bertambah macho..hahahah

adiosss~

Wednesday, September 14, 2011

'Pembelian Fasa Pertama' sebelum berakhirnya tahun 2011

Cuaca hari ni kurang cerah lah..asyik hujan je.
tapi menjelang petang, hujan pun berhenti..
disebabkan aku tak tau nak buat ape, aku pun dengan senang hatinya start moto dan pergi ke kedai motor cari ape2 yg patut..

Nak tau tak ape yg aku jumpe kt sana?? 

jeng3... tadaaaa..


hahaha...aku sapu bersih...! dua tiga tahun akan datang belum tentu benda ni senang2 boleh jumpa kat kedai.
korang nak?? Rm30 untuk 1 set bak datang..hehehehe.
**hantar emel ke yazid_torpedo@yahoo.com.my kalau nak stripe ni =)

Selain tu jugak, aku ade la beli beberapa barang untuk kegunaan sendiri..
iaitu
'Rear sport rim bush" honda raider. Kebetulan bush rim aku dah mula pecah, boleh lah pasang benda ni nanti.

** chrome brake lever and chrome cluth lever. yang ini untuk TZR aku. 1st step untuk memulakan proses restorasi..hehe

Owhh ya, tidak ketinggalan. Hari ini jugak aku beli 2 bijik helmet dari seorang sahabat. Aku pun tak tau kenapa aku sanggup beli, padahal aku dah ade helmet dah. Emm sekadar dijadikan koleksi ok kot.. kn?kn?
Ini dia helmetnya..

**yang putih tu BELL Vetter HarleyDavidson, manakala yang biru merah tu ARAI Freddie Spencer

Walaupun duit dah habis untuk barang2 macam gini, aku tetap puas hati. Ada sejarah cerita antara aku dan helmet Freddie Spencer tu.. akhirnya ia jadi milik aku jua..hehehe.
Selesai sudah pembelian fasa pertama sebelum berakhirnya tahun 2011.
Fasa kedua akan menyusul.. 

tungguuuuuu.......








Tuesday, September 13, 2011

Perancangan sebelum berakhirnya 2011

As- salam...
Lama betul aku tak update post kat blog ni. Sangat lama. Bukannya apa, banyak sangat komitmen. Dah tak boleh banyak main dah..hehe
Kehidupan aku tak banyak berubah, masih sama. Alhamdulilah segala aktiviti berjalan lancar sepanjang bulan puasa sehinggalah menjelang hari Raya. Berkaitan dunia retro aku??? tak banyak sangat cerita2 baru, semuanya lebih tertumpu kepada soal motosikal2 aku.

 Cuma beberapa hari lepas, aku baru saja beli sekeping wang syiling lama dan rare iaitu syiling RM1 warna perak keluaran tahun 1971 sempena Rancangan Malaysia Ke-4..ade gambar Tun HUssein Onn pada syiling tu. Comfirm la aku beli sebab aku kan student Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Ok berbalik kepada cerita motor. Alhamdulilah sepanjang bulan puasa tempohari semua 'retro bike' yang ada dalam jagaan aku telah dihantar ke bengkel. Honda raider kuning menjalani proses memperbaiki tangki minyak..tangki bocor daaaa..hehe. Honda Raider Hitam pulak kena tukar coil api sebab moto aku tu dah tersenggut-senggut bila bergerak..Honda Raider merah pulak terus overhaul, kasi running dgn sempurna tanpa gegaran.. Hasilnya, ketiga-tiga honda raider tu dapat running dgn sempurna sepanjang bulan Syawal ni..

Lain pula ceritanya dengan TZR125 dan GS550 aku... agak sedih la, sebab tzr aku tak tip top. Air masih lagi dapat tembus masuk ke dalam enjin, walaupun sebelum puasa hari tu aku dah tukar 'oilseal waterpump'..mungkinkah masalah gasket?? mungkinkah? lepas tu, power valve pun tak berfungsi dengan baik. 'power valve controller' rasanya dah mula rosak + rectifier pun kena tukar agaknya. Pendek kata, motor masih boleh bergerak cuma aku tak berani bawak laju2 atau jalan jauh.. jalan keliling kampung sudeyyyy... wuwu~ Insyaallah lepas raya ni aku akan restore balik TZR ni sikit demi sedikit. tukar mana2 part yang patut, kemaskini part2 yg dah berkarat dan berkerak seterusnya enjin perlulah tip top macam dulu... Insyallah ia dilaksanakan kalau takde aral melintang...

Soal GS550 pulak, memang comfirm la sebelum raya hari tu tak sempat siap. Enjin dah ok duit bil untuk kos repair enjin pun dah bayar (hampir2 1k jugak laaa..kopak..kopak..), cuma ada masalah pada bahagian karburator. Manalah nk cari karburator GS ni. So, dah alang2 motor tak siap, aku decided untuk repair moto tu sampai ke part body. Bila enjin semua dah ok, aku rasa boleh lah terus buat custom pada bahagian 'bontot' GS tu. Lepas tu barulah beralih kepada proses mencari ekzos baru dan buat kaler baruu..yuhuuu.. Insyallah sebelum hujung tahun ni dah siap.

Begitulah serba sedikit perancangan aku. Hidup aku lebih kepada  asset2 yang aku ada ni. Orang lain berhabis duit untuk awek,aku pulak berhabis untuk motor dan koleksi2 vintage. Sebab, cuma ini jelah yang aku ada. Ini jelah pengubat hati bila terasa bosan, sunyi dan tension..hehe. Yang penting, sekarang ni aku nk kena cari jalan macamane aku nk cari side income untuk menjana pendapatan aku. Beli itu beli ini semua memerlukan duit maaaa...

Takpelah, bersusah-susah dahulu............ Selamat Hari Raya.. maaf zahir batin
See yaa..

Friday, July 29, 2011

Koleksi terbaru: Jam The Beatles

Nampaknye dah lama aku tak update mengenai cerita-cerita selain daripada motor.. asyik cerita pasal moto je kn..?? haha
tapi tkpe, hari ni aku update pasal koleksi terbaru..hoho...

malas ni cakap banyak, ini diaaa...


hehe.."Jam The Beatles"!!!
yang sebelah kanan sekali tu yang baru je dibeli petang tadi..
Alhamdulilah....(hampir habis deadstock 'The Beatles watch' kt situ aku sapu sikit demi sedikit..hahaha)






Itu jelah yang nk dicerita kali ni... ape-ape hal pun, selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam ye.. Bubye geng! ^.^

Sunday, July 24, 2011

SouthernRD gathering at Segamat

Ahad- 24 Julai.. Kami warga-warga Johor telah pun menghadiri gathering Southern RD bertempat di Segamat. Event kali ni sebenarnye julung-julung kali diadakan di Segamat. Agak meriah jgk lah..syok! ^.^




Friday, July 22, 2011

Konvoi Motosikal Terpanjang Bersama TV3

update...update!!
hehe..
pada 17 Julai yg lepas, aku telah pun mengikuti satu program berkonvoi yg boleh dikatakan sgt best dan agk pelik..(kenape pelik?? jap lagi aku cite..)

inilah programnye..

haaa..itu diaaa... konvoi ni memang best...byk gilerr motosikal yg join..bayangkanlah, konvoi berbaris sepanjang 5 kilometer tanpa putus.. huhu
tp yg peliknye, kali ni destinasi konvoi ialah ke rumah Wak Muji (otai & bikes collector). rumahnye jauh ke dalam pelusuk kampung tau.. kt Parit Jayus, Sri Medan.. cuba bayangkan, dalam kampung yg terpencil tiba-tiba ada banyak motosikal dari perbagai jenis membuat riuh rendah dalam kampung tu..hehehe

ade superbikes, chopper, retro bikes, vintage bikes dan motor2 moden.. memang meriah..
aku malas la nk cite panjang2, mcm biasa la korang tgk gambar jelah ok.. gambar menceritakan segala-galanya.. peace yaww!


PART 1 - Peserta Konvoi berkumpul di Dataran Yong Peng



PART 2 - Berkonvoi








PART 3 - Pit Stop




PART 4 - Sampai ke destinasi




ok tuu jerrr.....bubye!

p/s: ada gambar yg diambil dari facebook kawan2 tanpa kebenaran..harap dimafkan, sekadar utk berkongsi kemeriahan bersama kawan-kawan




Monday, July 11, 2011

Melawat GS550 di bengkel

Hoho... akhirnye aku dah pun cuti..
selama sebulan aku 'deactive' mood retro bike sebab aku terlibat dalam kursus MDEC (untuk dapatkan certificate)..
Sekarang, semuanya dah settle dan misi aku pada waktu cuti ni adalah untuk memastikan semua motosikal retro aku berfungsi dengan baik. Buat masa ni, TZR dah okey dan Honda Raider pun dah dihantar ke bengkel utk diservis.

Semalam pula, aku berkunjung ke Bengkel Jai di Parit Raja untuk memantau Motosikal Suzuki GS550 aku..(ecehhhhhh..hehehe).
Actually, tak banyak pun perubahan yg berlaku kepada motor tu (cuma nk repair enjin jer). Bahagian luaran tetap buruk..hehe.
Ape pun, motor GS550 tu dijangka siap pertengahan bulan puasa dan beraya sakan la aku tahun ni jawabnye...hehehehe..

Takde ape perubahan pun. Tapi plan utk restorasi dah pun dibincngkan.. (^^)

Pastu Jai offer helmet BELL ni kat aku pulak..cantiknye..nak beli ke tk nk ek??? ;D

Apa-apa pun, aku tak sabar nk tunggang motor nih. Harap-harap motor ni boleh siap on-time.
Cauuuu!!! 
Assalamualaikum... 

Tuesday, June 21, 2011

Semua motor retro aku dijangkiti penyakit

lama aku tk update blog ni..boleh dikatakan setiap hari ada je perkembangan aku yg menarik, cuma aku tak sempat nk update. kerja banyak, ade kursus lagi.Lepas tu masalah pun banyak...sob~sob~

emm itulah lumrah kehidupan, manusia tk boleh lari dari masalah.
Tak perlu nak diceritakan segala masalah, cukuplah hari ni aku berkongsi masalah mengenai motor aku je. Dalam satu masa je semua motor retro aku mengalamai masalah..macam-macam penyakit.. huhu


First sekali motor Suzuki GS'550..
usaha untuk melihat motor ni kembali di atas jalan raya dilakukan. Aku dah pun hantar ke bengkel Jai kat Parit Raja, Batu Pahat. Enjin bunyi terlalu bising. (luaran takyah cakap lah,dah teruk sgt dah). Mungkin 'rantai kecik' motor tu pun kena tukar jugak..tak tau la berapa banyak duit aku akan habis untuk motor nih..
*harap-harap tk sampai RM1000..huhuhu >.<

Keduanya ialah motor Yamaha TZR125 aku. Motor tu baru je siap pasang fullfairing minggu lepas..hoho..smart jugak la nampaknye..hehehe.. Nak dijadikan cerita, mlm minggu yang lepas aku bawak TZR tu balik kampung. "Ride to hometown alone". Entah macamne, masalah timbul. Oil Seal Waterpump motor tu pecah pulak,habis air dari radiator masuk ke dalam enjin. Then, gasket kt bahagian engine block pulak bocor..pehhhh, sabar jelah. Motor dah pun dihantar ke bengkel untuk menjalani proses pemulihan.
*comfirm duit aku terbang melayang jugak nih...~~~kurrrrr~kurrr~kurrr~

Ketiga, motor Honda Raider warna merah (WBJ xxxx) pulak dihantar ke bengkel untuk restorasi semula. Enjin terpaksa 'overhaul' sebab keadaan motor yg tak tip top. Yang ni aku tk kisah sgt lah, sebab dah sampai seru untuk motor ni dipulihkan dan diberi nafas baru.. =)
**duit habis pun tkpe.

Selepas ketiga-tiga motor tu masuk ke dalam bengkel (sekarang semua masih lagi di dalam bengkel), aku ingatkan semuanya dah okey. Tapi, malang memang tak berbau. Motor Honda kesayangan aku (JBF 9xxxx) pulakkkkkk mengalami masalah. Masterpump brek bocor pulak (kena beli baru) dan saluran 2T 'licking'..Adoiii, mintak duit lagiii...Susah hati aku dibuatnye, terpakse makan Maggie wo0o0..wuwuwuwuw~...

ape bolehbuat, nasib badan (T.T)

Thursday, June 2, 2011

Penemuan Harta di bawah katil

hohohoho..
Hari ni tetibe aku rajin giler mengemas rumah.. (jgn hairan okee!)
dan....sedang sibuk mengemas, aku jumpe plk harta2 aku dah dah lame bebeno aku tk nampak..
sampai aku terlupe aku ade simpan banyak barang...hehehe ..
actually tkdela byk mane pun, tp besar nilai bagi aku.. kalau guna brg2 ni + brg2 kt bangsal luar rumah, boleh jadi dua bijik motor honda raider..hehe ;p



Wednesday, June 1, 2011

Road to "Santai Retro 2011"


Event tahunan yang tk mungkin dilepaskan...sejak sebulan yang lepas aku dah prepare utk ke event tersebut..

28 MEI 2011

Seawal jam 3 petang, kami telah berkumpul di R&R pagoh...


Jam 5.30 petang, barulah kami geng2 SouthernRD bergerak menuju ke destinasi...let's ride!!!
Lepas tu kiteorg berhenti pulak kt R&R Ayer Keroh...rehat,makan,minum n repair motor yg menghadapi masalah..

Kemudian, perjalanan diteruskan selepas solat magrib...direct terus menghala ke Port Dickson... lebih kurang pukul 9 lebih baru sampai...penat gak wo0o..=.="
kteorg terus check-in ke rumah tumpangan di Taman Politeknik, rehatkan badan dan kira2 pukul 10.30 kteorg bergerak ke dataran teluk kemang... karnival santai retro dah berlangsung wo0o..ade konsert melibatkan penyanyi2 kumpulan rock seperti Olan, Junction dan ape lagi tah..tak igt..hehehe

29 MEI 2011

Awal pagi lagi kteorg dah bersiap-siap untuk ke tapak event...
Alhmdulilah pukul 10 pagi lepas sarapan, kteorg sampai ke tapak event...sangat2 meriah event kali ni.. banyak giler motor retro wo0o0...

p/s: aku malas nk cerita laaa, korang tgk gambar jela k..hehehe... layannn...

















































Jumpa lagi tahun depannn~bubyeeeee !!!!!! (^^)v
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...