Wednesday, January 11, 2017

Majalah Roda-Roda Bilangan 1 (November 1986)


Pada entri kali ini, suka untuk saya berkongsikan tentang majalah lama yang menjadi koleksi peribadi saya. Majalah Roda-Roda cukup sinonim dengan 'mat motor' di Malaysia. Ia merupakan antara majalah permotoran tempatan yang paling lama bertapak dan masih menembusi pasaran sehingga hari ini. Oleh itu, saya kongsikan sedikit paparan Majalah Roda-Roda Bilangan 1, keluaran November 1986.

Ini adalah paparan muka hadapan untuk bilangan pertama. Kemas, ringkas dan...
...penuh nostalgia. Ikuti paparan seterusnya;







Berikut adalah beberapa paparan isi kandungan di dalam majalah tersebut. Bagi saya, adalah menjadi sesuatu yang istimewa bagi sesiapa yang memiliki majalah 'old school' ini terutamanya keluaran Bilangan 1 ini. Bagi anda yang sememangnya menyimpan majalah yang sama ini, jagalah dengan elok. Simpan ia di dalam 'ziplock cover' supaya setiap helaiannya lebih terjaga, ini kerana kertas lama dari tahun 1986 ini bersifat rapuh, mungkin mudah dirobek.  Nantikan preview untuk majalah Roda-Roda keluaran seterusnya. 

Sekian, selamat membaca.

🔺 : Bagi anda yang mahukan salinan mukasurat lengkap Majalah Roda-Roda ini sebagai koleksi peribadi, dapatkan 1 salinan e-book dalam format PDF dengan harga serendah RM5. Hantarkan emel anda ke yazid_torpedo@yahoo.com.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...