Saturday, July 20, 2013

Sudah 2013

Assalamualaikum...

Hampir setahun aku tinggalkan dunia penulisan siber. Juga hampir setahun perjalanan dunia permotoran tidak dikongsi. Sesungguhnya banyak perkara yang telah berlaku.

Pertamanya, aku tidak lagi di Johor..
Darul Takzim aku tinggalkan untuk mencari rezeki..

Bertugas sebagai penjawat awam membuatkan aku terpaksa menerima hakikat bahawa aku secara rasminya menjadi anak rantauan. Tapi soal kerjaya tidak menjadi penghalang untuk meneruskan minat dengan motosikal.
Kawasaki KIPS kesayangan telah bertukar wajah, telah merentasi negeri-negeri di semenanjung untuk ke ibukota.


Inilah wajah terkini Kawasaki KIPS KR150 aku. Tidak terlalu cantik, tapi cukup menyejukkan mata aku.

Keduanya, Yamaha TZR125 telah pun ditalakkan. Memang berat hati untk melepaskan. Tapi inilah yang harus aku lakukan.Kenangan 5 tahun memiliki jentera ini memang sesuatu pengalaman yang hebat.

Selamat tinggal!!

Ketiganya, aku baru sahaja memiliki jentera 2 kebuk yang aku idamkan, iaitu RD250LC (telah dinaiktaraf menjadi 350cc). Niat sebenar hati ini ingin memiliki Suzuki RGV250 VJ22, tapi apakan daya harganya sudah boleh membuatkan aku menggaru kepala. Tapi takpa, aku anggap ini sebagai suatu anjakan paradigma. Mungkin inilah takdir aku, menjadi 'tongster'. 
Semoga nasib akan sentiasa menyebelahi diri ini. Salam.




3 comments:

  1. Blognya keren! Apa Anda mau mengembangkan dan mempromosikan blognya lagi? Kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya. Kami tidak terhapus filenya dengan waktu batas. Coba servis kami tanpa registrasi:)

    ReplyDelete
  2. hai. jalan2 cari kasut Aliph kt google. terjumpa blog kau. rare

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...