Monday, September 10, 2012

Kerinduan terhadap kesayangan

Lebih kurang seminggu je lagi bulan syawal akan berlalu.
Aku sekarang masih lagi bekerja di Batu Pahat, as a graphic designer.
Aku rasa dalam bulan ni banyak betul kes motor-motor aku problem. Macam penyakit berjangkit.
Tapi so far ok lah kan, nama pun hari raya hari untuk kita bergembira. hehe.

Takde banyak perkembangan pun, cuma  bersyukur target untuk tahun 2012 ni dah tercapai. GS550 dah keluar dari bengkel, KR150 pun dah keluar dari bengkel.

Ni masa hari raya ke-5 kalau tak silap. Sahabat aku datang beraya ke rumah. Dia excited betul tengok 2 buah jentera nih.


Banyak benda yang aku fikir, sampai aku tak berapa nak memberi perhatian kepada koleksi motosikal aku. 
Sebenarnya kepala hotak masih rungsing memikirkan motor Honda Raider aku masih lagi berada di negeri Darul Ehsan. Entah bila mahuku ambil membawanya pulang. Rindu rasanya.

Untuk menghilangkan sikit rasa rindu tu, aku mintak kawan aku yang berada di sana tolong tengokkan motor aku tu dan snap picture. Alhamdulilah dia kirimkan 1 picture untuk tatapan aku.

Inilah gambarnya. Gembira betul hati aku tengok gambar motor aku ni. Dan nasib baik jugak sportrim original raider sudah aku cabut awal-awal lagi.. Selamat.
Cuma rasa cam sedih je bila tengok motor ni berhabuk macam tu.
Takpe, tunggulah aku bawa kau pulang nanti, akan ku berikan 1 set persalinan yang baru untuk mu..hehehe

Target memang hujung bulan September ni aku mahu kembali ke KL untuk ambil semula harta kesayangan aku ni. Lepas tu baru lah hati ni tenteram..

~Menunggu kesayangan~




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...