Tuesday, September 13, 2011

Perancangan sebelum berakhirnya 2011

As- salam...
Lama betul aku tak update post kat blog ni. Sangat lama. Bukannya apa, banyak sangat komitmen. Dah tak boleh banyak main dah..hehe
Kehidupan aku tak banyak berubah, masih sama. Alhamdulilah segala aktiviti berjalan lancar sepanjang bulan puasa sehinggalah menjelang hari Raya. Berkaitan dunia retro aku??? tak banyak sangat cerita2 baru, semuanya lebih tertumpu kepada soal motosikal2 aku.

 Cuma beberapa hari lepas, aku baru saja beli sekeping wang syiling lama dan rare iaitu syiling RM1 warna perak keluaran tahun 1971 sempena Rancangan Malaysia Ke-4..ade gambar Tun HUssein Onn pada syiling tu. Comfirm la aku beli sebab aku kan student Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Ok berbalik kepada cerita motor. Alhamdulilah sepanjang bulan puasa tempohari semua 'retro bike' yang ada dalam jagaan aku telah dihantar ke bengkel. Honda raider kuning menjalani proses memperbaiki tangki minyak..tangki bocor daaaa..hehe. Honda Raider Hitam pulak kena tukar coil api sebab moto aku tu dah tersenggut-senggut bila bergerak..Honda Raider merah pulak terus overhaul, kasi running dgn sempurna tanpa gegaran.. Hasilnya, ketiga-tiga honda raider tu dapat running dgn sempurna sepanjang bulan Syawal ni..

Lain pula ceritanya dengan TZR125 dan GS550 aku... agak sedih la, sebab tzr aku tak tip top. Air masih lagi dapat tembus masuk ke dalam enjin, walaupun sebelum puasa hari tu aku dah tukar 'oilseal waterpump'..mungkinkah masalah gasket?? mungkinkah? lepas tu, power valve pun tak berfungsi dengan baik. 'power valve controller' rasanya dah mula rosak + rectifier pun kena tukar agaknya. Pendek kata, motor masih boleh bergerak cuma aku tak berani bawak laju2 atau jalan jauh.. jalan keliling kampung sudeyyyy... wuwu~ Insyaallah lepas raya ni aku akan restore balik TZR ni sikit demi sedikit. tukar mana2 part yang patut, kemaskini part2 yg dah berkarat dan berkerak seterusnya enjin perlulah tip top macam dulu... Insyallah ia dilaksanakan kalau takde aral melintang...

Soal GS550 pulak, memang comfirm la sebelum raya hari tu tak sempat siap. Enjin dah ok duit bil untuk kos repair enjin pun dah bayar (hampir2 1k jugak laaa..kopak..kopak..), cuma ada masalah pada bahagian karburator. Manalah nk cari karburator GS ni. So, dah alang2 motor tak siap, aku decided untuk repair moto tu sampai ke part body. Bila enjin semua dah ok, aku rasa boleh lah terus buat custom pada bahagian 'bontot' GS tu. Lepas tu barulah beralih kepada proses mencari ekzos baru dan buat kaler baruu..yuhuuu.. Insyallah sebelum hujung tahun ni dah siap.

Begitulah serba sedikit perancangan aku. Hidup aku lebih kepada  asset2 yang aku ada ni. Orang lain berhabis duit untuk awek,aku pulak berhabis untuk motor dan koleksi2 vintage. Sebab, cuma ini jelah yang aku ada. Ini jelah pengubat hati bila terasa bosan, sunyi dan tension..hehe. Yang penting, sekarang ni aku nk kena cari jalan macamane aku nk cari side income untuk menjana pendapatan aku. Beli itu beli ini semua memerlukan duit maaaa...

Takpelah, bersusah-susah dahulu............ Selamat Hari Raya.. maaf zahir batin
See yaa..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...