Saturday, September 17, 2011

RM50 yang RARE!!

Hari ni aku dapat matawang lama yang aku cari2 selama ni iaitu sekeping RM50 yang tidak lagi dikeluarkan oleh Bank Negara.
Mungkin generasi sekarang tak pernah gunakan duit ini dan mungkin ada yang tak pernah tengok duit ni depan mata sendiri... inilah rupa ia ..



Haaa rare kan?? huhu
gembira betul hati aku dapat simpan duit ni sebagai koleksi.. oyeahhhh!!! ;D

RM2 dan RM5 yang tidak lagi dikeluarkan oleh Bank Negara

hohohoho...sebagai seorang collector dan peminat barangan retro, benda yang aku dapat ni sangat menggembirakan aku. apetah lagi aku dapat dalam kuantiti yang banyak..
Macam tak percaya je semua ni ada depan mata aku. Makin banyak laaaaa album matawang aku. boleh tunjuk kat anak cucu nanti..heheheheh..

okehh cukup, stop membebel. jom tengok apa yang aku dapat hari ni.. :)



haaaa..banyak kan?? gempak beb..huhuhu.. suka! suka!


p/s: nak sekeping?? send emel ke yazid_torpedo@yahoo.com.my.... hehehe

Syiling 10 yen

 Satu lagi koleksi, syiling 10 yen. emm tak pasti dari mana sumbernya, cuma yang pasti aku dapat dari ayah aku. maybe syiling ni dari auntie aku kot.. sebab auntie aku dulu belajar kt jepun..



aku tak tau apa dia tulis kat syiling tu, bukannya aku fahan bahasa jepun pun..hehehe
cuma kat bhagian depan tu ada gambar Istana..

p/s: tiba-tiba aku teringat rancangan Istana Takeshi kat ntv7 suatu ketika dulu.... seraaaaanggg.. haha!

Syiling RM1 tahun 1981

Yaaa...aku nak tunjuk koleksi terbaru aku untuk album matawang aku. Sekeping syiling yang aku tak pernah ada sebelum ni. Iaitu...



Haaaa inilah duit syiling RM1 yang dikeluarkan sempena RMK-4. 
Kat bahagian depan ada gambar Tun Hussein Onn dan bhagian belakang pulak ada jata negara Malaysia serta tulisan " 1 RINGGIT. RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT 1981-1985"

cantik kn? hehehe.. mahal gak harga syiling ni aku beli =.="
tapi tkpe, yang penting aku puas hati. Kira simbolik jugak la syiling ni bagi aku sebab aku student Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.. ada jugak la sangkut paut..hehehe

Sticker untuk TZR

Hari ni aku excited giler nak balik kampung. Tak tau kenapa. Maybe aku dah mula bosan kot duduk terperap jer kat rumah sewa. Satu lagi, aku rindu giler kat TZR aku..haha

Owh ya, pada entri yang lepas1 aku ada cakap aku berazam nak restore + cantikkan TZR aku supaya kelihatan lebih senonoh..heheh.. So, hari ni aku buat langkah pertama iaitu pasang sticker kat fullfairing..

inilah rupa sticker tersebut

sebelum sticker dipasang.

selepas sticker dipasang

Motor aku kelihatan bertambah macho..hahahah

adiosss~

Wednesday, September 14, 2011

'Pembelian Fasa Pertama' sebelum berakhirnya tahun 2011

Cuaca hari ni kurang cerah lah..asyik hujan je.
tapi menjelang petang, hujan pun berhenti..
disebabkan aku tak tau nak buat ape, aku pun dengan senang hatinya start moto dan pergi ke kedai motor cari ape2 yg patut..

Nak tau tak ape yg aku jumpe kt sana?? 

jeng3... tadaaaa..


hahaha...aku sapu bersih...! dua tiga tahun akan datang belum tentu benda ni senang2 boleh jumpa kat kedai.
korang nak?? Rm30 untuk 1 set bak datang..hehehehe.
**hantar emel ke yazid_torpedo@yahoo.com.my kalau nak stripe ni =)

Selain tu jugak, aku ade la beli beberapa barang untuk kegunaan sendiri..
iaitu
'Rear sport rim bush" honda raider. Kebetulan bush rim aku dah mula pecah, boleh lah pasang benda ni nanti.

** chrome brake lever and chrome cluth lever. yang ini untuk TZR aku. 1st step untuk memulakan proses restorasi..hehe

Owhh ya, tidak ketinggalan. Hari ini jugak aku beli 2 bijik helmet dari seorang sahabat. Aku pun tak tau kenapa aku sanggup beli, padahal aku dah ade helmet dah. Emm sekadar dijadikan koleksi ok kot.. kn?kn?
Ini dia helmetnya..

**yang putih tu BELL Vetter HarleyDavidson, manakala yang biru merah tu ARAI Freddie Spencer

Walaupun duit dah habis untuk barang2 macam gini, aku tetap puas hati. Ada sejarah cerita antara aku dan helmet Freddie Spencer tu.. akhirnya ia jadi milik aku jua..hehehe.
Selesai sudah pembelian fasa pertama sebelum berakhirnya tahun 2011.
Fasa kedua akan menyusul.. 

tungguuuuuu.......








Tuesday, September 13, 2011

Perancangan sebelum berakhirnya 2011

As- salam...
Lama betul aku tak update post kat blog ni. Sangat lama. Bukannya apa, banyak sangat komitmen. Dah tak boleh banyak main dah..hehe
Kehidupan aku tak banyak berubah, masih sama. Alhamdulilah segala aktiviti berjalan lancar sepanjang bulan puasa sehinggalah menjelang hari Raya. Berkaitan dunia retro aku??? tak banyak sangat cerita2 baru, semuanya lebih tertumpu kepada soal motosikal2 aku.

 Cuma beberapa hari lepas, aku baru saja beli sekeping wang syiling lama dan rare iaitu syiling RM1 warna perak keluaran tahun 1971 sempena Rancangan Malaysia Ke-4..ade gambar Tun HUssein Onn pada syiling tu. Comfirm la aku beli sebab aku kan student Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Ok berbalik kepada cerita motor. Alhamdulilah sepanjang bulan puasa tempohari semua 'retro bike' yang ada dalam jagaan aku telah dihantar ke bengkel. Honda raider kuning menjalani proses memperbaiki tangki minyak..tangki bocor daaaa..hehe. Honda Raider Hitam pulak kena tukar coil api sebab moto aku tu dah tersenggut-senggut bila bergerak..Honda Raider merah pulak terus overhaul, kasi running dgn sempurna tanpa gegaran.. Hasilnya, ketiga-tiga honda raider tu dapat running dgn sempurna sepanjang bulan Syawal ni..

Lain pula ceritanya dengan TZR125 dan GS550 aku... agak sedih la, sebab tzr aku tak tip top. Air masih lagi dapat tembus masuk ke dalam enjin, walaupun sebelum puasa hari tu aku dah tukar 'oilseal waterpump'..mungkinkah masalah gasket?? mungkinkah? lepas tu, power valve pun tak berfungsi dengan baik. 'power valve controller' rasanya dah mula rosak + rectifier pun kena tukar agaknya. Pendek kata, motor masih boleh bergerak cuma aku tak berani bawak laju2 atau jalan jauh.. jalan keliling kampung sudeyyyy... wuwu~ Insyaallah lepas raya ni aku akan restore balik TZR ni sikit demi sedikit. tukar mana2 part yang patut, kemaskini part2 yg dah berkarat dan berkerak seterusnya enjin perlulah tip top macam dulu... Insyallah ia dilaksanakan kalau takde aral melintang...

Soal GS550 pulak, memang comfirm la sebelum raya hari tu tak sempat siap. Enjin dah ok duit bil untuk kos repair enjin pun dah bayar (hampir2 1k jugak laaa..kopak..kopak..), cuma ada masalah pada bahagian karburator. Manalah nk cari karburator GS ni. So, dah alang2 motor tak siap, aku decided untuk repair moto tu sampai ke part body. Bila enjin semua dah ok, aku rasa boleh lah terus buat custom pada bahagian 'bontot' GS tu. Lepas tu barulah beralih kepada proses mencari ekzos baru dan buat kaler baruu..yuhuuu.. Insyallah sebelum hujung tahun ni dah siap.

Begitulah serba sedikit perancangan aku. Hidup aku lebih kepada  asset2 yang aku ada ni. Orang lain berhabis duit untuk awek,aku pulak berhabis untuk motor dan koleksi2 vintage. Sebab, cuma ini jelah yang aku ada. Ini jelah pengubat hati bila terasa bosan, sunyi dan tension..hehe. Yang penting, sekarang ni aku nk kena cari jalan macamane aku nk cari side income untuk menjana pendapatan aku. Beli itu beli ini semua memerlukan duit maaaa...

Takpelah, bersusah-susah dahulu............ Selamat Hari Raya.. maaf zahir batin
See yaa..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...