Topi keledar jenama BELL mempunyai auranya tersendiri. Ia telah menjadi pilihan dan popular di kalangan penunggang motosikal sejak tahun 70an lagi. Ia bukan sahaja popular di negara pengeluarnya, bahkan 'virus' tersebut juga menular ke dalam negara kita. Dan dari masa ke semasa, topi keledar jenama BELL yang diketegorikan sebagai vintage keluaran tahun 70an hingga 80an semakin menjadi buruan penggemar kopi keledar. Harganya semakin mahal berikutan permintaan yang tinggi, tetapi kuantiti kewujudannya yang terhad. Jangan terkejut jika harganya ada yang menjangkau harga puluhan ribu ringgit!
Bagi yang tak berkemampuan seperti saya, mari kita lihat sahaja poster-poster promosi helmet BELL ini sekitar tahun 80an!
(Sumber : Cycle World Magazine)