Tuesday, December 12, 2017

Helmet BELL buatan USA

Topi keledar jenama BELL mempunyai auranya tersendiri. Ia telah menjadi pilihan dan popular  di kalangan penunggang motosikal sejak tahun 70an lagi. Ia bukan sahaja popular di negara pengeluarnya, bahkan 'virus' tersebut juga menular ke dalam negara kita. Dan dari masa ke semasa, topi keledar jenama BELL yang diketegorikan sebagai vintage keluaran tahun 70an hingga 80an semakin menjadi buruan penggemar kopi keledar. Harganya semakin mahal berikutan permintaan yang tinggi, tetapi kuantiti kewujudannya yang terhad. Jangan terkejut jika harganya ada yang menjangkau harga puluhan ribu ringgit!

Bagi yang tak berkemampuan seperti saya, mari kita lihat sahaja poster-poster promosi helmet BELL ini sekitar tahun 80an!

(Sumber : Cycle World Magazine)










 

Monday, February 6, 2017

Majalah Roda-Roda Bilangan 4 (Feb 1987)

Salam hormat,

Seperti tajuk tertera, majalah Roda-Roda bilangan 4 telah diterbitkan dan dipasarkan pada Februari 1987. Saya tidak lahir lagi pada masa ini sebenarnya. (He..he..). Untuk paparan edisi ini, Suzuki RC100 menjadi watak utama pada kulit hadapan majalah ini, dengan tajuk 'Pandu Uji RC100'. Pada kulit belakang pula, poster Suzuki Panther baharu masih lagi terpapar. Selain itu, poster iklan rokok jenama Marlboro juga masih lagi terpapar megah dengan tagline nya 'No.1 di Amerika dan di dunia'. Poster-poster kecil dalam majalah lama ni, rasanya kalau dapat ke tangan peminat poster lama atau peminat sesetengah jenama, sudah habis agaknya dipotong dan diletakkan dalam frame untuk digantung pada dinding. Memang cantik, tetapi hilanglah pancaindera majalah itu sendiri. Jadi, sekiranya majalah lama ini masih sempurna, janganlah dipotong-potong. Sayang.....


Poster panther ini,...

Thursday, January 12, 2017

Majalah Roda-Roda Bilangan 3 (Januari 1987)

Seperti yang dijanjikan, entri kali ini masih lagi bercerita tentang majalah permotoran negara iaitu Roda-Roda. Sekitar tahun 80-an, majalah ini sangat popular di kalangan pencinta dua roda tempatan. Bagi saya, selain isi kandungannya yang ringkas tetapi padat, gaya bahasa yang digunakan sangat-sangat bagus iaitu memperkasakan bahasa kebangsaan kita. Komponen-komponen dan frasa automotif kebanyakannya diterjemah kepada bahasa malaysia sepenuhnya seperti brek gelendong, ladam brek, penyerap hentak, silinder angkup, brek ceper, pelana dan lain-lain lagi. Anda harus membacanya sendiri!

Baiklah, kali ini saya kongsikan sedikit paparan majalah Roda-Roda bilangan 3 keluaran Januari 1987 (maaf, sehingga hari ini saya masih gagal mendapatkan RR bilangan 2).


Paparan kulit hadapan, memperlihatkan..

Wednesday, January 11, 2017

Majalah Roda-Roda Bilangan 1 (November 1986)


Pada entri kali ini, suka untuk saya berkongsikan tentang majalah lama yang menjadi koleksi peribadi saya. Majalah Roda-Roda cukup sinonim dengan 'mat motor' di Malaysia. Ia merupakan antara majalah permotoran tempatan yang paling lama bertapak dan masih menembusi pasaran sehingga hari ini. Oleh itu, saya kongsikan sedikit paparan Majalah Roda-Roda Bilangan 1, keluaran November 1986.

Ini adalah paparan muka hadapan untuk bilangan pertama. Kemas, ringkas dan...

Wednesday, October 7, 2015

First Prefix RM5 dan Rm1 Siri Ke-12

Bersawang... Bersawang.. Kali terakhir artikel ditulis di dalam blog ini ialah Julai 2013. Bermakna, dah lebih 2 tahun aku berhenti menulis di alam maya ni. Hari ni aku sambung semula perkongsian hobi, tapi tidak bercerita tentang motor. Hal motosikal retro aku simpan dulu, cerita kemudian. Ini berkisar tentang koleksi matawang yang berada di dalam simpanan ataupun perihal numismatik. Bertahun-tahun juga menyimpan dan mengumpul secara suka-suka. Asalkan ia matawang lama dan dikira 'rare', aku simpan. Tetapi akhir-akhir ini, popular di kalangan para peminat numismatik ( atau mungkin aku sahaja yang baru tersedar) tentang minat mengutamakan prefix number sama ada first prefix, last prefix, replacement, low number, binary, trinary dan sebagainya. Ramai yang mengumpul note dengan prefix sebegini kerana ada collector yang sanggup membayar lebih tinggi dari nilai muka (FV) untuk mendapatkannya. Bagi aku yang baru sahaja belajar ini, perlahan-perlahan kayuh katanya.

Saturday, July 20, 2013

Sudah 2013

Assalamualaikum...

Hampir setahun aku tinggalkan dunia penulisan siber. Juga hampir setahun perjalanan dunia permotoran tidak dikongsi. Sesungguhnya banyak perkara yang telah berlaku.

Pertamanya, aku tidak lagi di Johor..
Darul Takzim aku tinggalkan untuk mencari rezeki..

Bertugas sebagai penjawat awam membuatkan aku terpaksa menerima hakikat bahawa aku secara rasminya menjadi anak rantauan. Tapi soal kerjaya tidak menjadi penghalang untuk meneruskan minat dengan motosikal.
Kawasaki KIPS kesayangan telah bertukar wajah, telah merentasi negeri-negeri di semenanjung untuk ke ibukota.

Monday, September 10, 2012

Kerinduan terhadap kesayangan

Lebih kurang seminggu je lagi bulan syawal akan berlalu.
Aku sekarang masih lagi bekerja di Batu Pahat, as a graphic designer.
Aku rasa dalam bulan ni banyak betul kes motor-motor aku problem. Macam penyakit berjangkit.
Tapi so far ok lah kan, nama pun hari raya hari untuk kita bergembira. hehe.

Takde banyak perkembangan pun, cuma  bersyukur target untuk tahun 2012 ni dah tercapai. GS550 dah keluar dari bengkel, KR150 pun dah keluar dari bengkel.

Ni masa hari raya ke-5 kalau tak silap. Sahabat aku datang beraya ke rumah. Dia excited betul tengok 2 buah jentera nih.

Kawasaki KR150 saya!

Hari ni aku akan update mengenai sebuah jentera yang baru sahaja selesai proses restorasi. Takdelah tip top,  cuma nak membuatkan ia nampak lebih 'senonoh' sikit..hehehehe

Nama : Kawasaki KR150A
Tarikh Lahir : 1994
No. Surat Beranak : JDK 5263
Tempat Lahir : Jepun
Warganegara : Malaysia
Keupayaan pancaindera : 150cc
Bilangan Kebuk : 1
Warna baju : Hijau
Transmisi gear : 6

Hehehehe!


Ok seperti biasa, kita layan gambar..zasss

ini masa mula0mula aku dapat motor nih. agak buruk la rupanye. Kalau awek-awek nampak ni, comfirm gua kena kutuk..hahaha.
Beberapa hari lepas ambil motor ni, aku terus pergi ke JPJ untuk proses tukar nama pada geran. Selesai sahaja proses tu, secara sahnya ia menjadi milik aku..hehe

Ni gambar masa half-way proses restorasi. Dah nampak ok sikit.

Okey ini pulak gambar  lepas ia siap. Takdelah siap 100%, tapi aku dah berpuas hari sampai ke tahap ni. Alhamdulilah.....
Ok layan lagi gambar yaaaa....

gambar di rmah sewa..sehari sebelum hari raya. Masa ni tengah siap-siap nak bawak ia balik kampung bersama-sama Yamaha TZR dan Suzuki GS550 aku tu..

Dah sampai kampung! hehehehe... 
Sekian, terima kasih







Saturday, July 14, 2012

Koleksi kasut RARE

Hai.. lama sudah aku tak update blog ni. Ada lah beberapa masalah berkaitan langau yang perlu aku selesaikan terlebih dahulu..hehe
Okeh, topik hari ni lebih menjurus ke arah koleksi kasut aku.
Kita direct kepada gambar, ini diaaaa..


Haa inilah antara kasut-kasut kesayangan aku. Kasut ALIPH yang atas tu yang paling latest aku dapat. Dari dulu cuma ada simpan sepasang je ALIPH, now dah tambah 1 lagi.. Alhamdulilah...


So, inilah koleksi kasut vintage yang aku simpan (tak termasuk sneakers Adidas, Nike, Puma, Reebok dan Converse. Yang lain-lain tu lain kali baru cerita..hehe)
So, dalam gambar ni ada 1 pasang ALIPH hi-cut Rider, 1 pasang ALIPH sport low-cut, 2 pasang Dr.MARTENS dan 1 pasang GUCCI vintage shoe 70's...

Jmpa lagi! =)


Sunday, May 20, 2012

MySuzukiGS550 in progress : 80% completed

hello.... lama aku tak update pasal proses restorasi Suzuki GS550 aku..
Baru semalam aku pergi tengok moto tu kat bengkel.
Alhamdulilah, dah hampir siap sepenuhnya..

Biar gambar menceritakan segalanya..
Inilah hasil selepas 10 bulan....................






Haa inilah serba sedikit review tentang moto suzuki aku nih.. belum siap sepenuhnya, tapi nampak lah ade rupa sikit..hehehe

Aku dah buang concord asal moto ni dan tukar kepada custom concord (buat guna fibre), dan aku jugak dah tukar lampu belakang menjadi 'petak' ala2 GS1000..hehe..
tapi sebenarnye guna lampu belakang honda cb1000..kikiki..
dah2 nanti aku sambung lagi..adiosss..






Sunday, February 12, 2012

My YAMAHA TZR125

Hello everybody! Today i will introduce to you one of my retro bike collection! 
It''s it Yamaha TZR125 1st model...

#ehh, ter'speaking omputih plak..hehehe..
bukannye ape, maybe ade reader dari oversea's nk baca, so bagi la dorang faham 1 ayat kat atas tuh..haha

So, aku pernah cerita pasal motor Honda Raider aku dan motor GS550 aku. Hari ni, satu lagi koleksi yang aku ada iaitu Yamaha TZR125.



Nama : Yamaha TZR125, 2RH, 1st model.
Tahun pendaftaran : 1989
Bilangan Kebuk: 1
Warna : Merah Putih.
Tarikh perkahwinan : Novermber 2009
Nilai Hantaran : RM3,500 sahaja.

Itulah serba sedikit maklumat yang boleh aku kongsikan. Terus terang aku katakan, TZR ini adalah antara motor 1 cylinder yang terbaik pernah aku bawak....laju.. hehe.

Okey, kita layan gambar pulak....Adiossss..

My TZR125 at 2009

My TZR125 at 2010

My TZR125 at 2011

My TZR125 at 2012 (latest pic)


See yaa! =)








Tuesday, January 24, 2012

Latest pic of collection

Sebahagian daripada koleksi kesayangan.............


Sila curik kalau nak tengok aku menangis...huhuhuhu....

New Collection : The Rare RM20 note

Hari ni aku cukup gembira. Benda yang selama ini aku cari-cari akhirnya aku dapat weh. Uishhh seronok gila..hahaha

Inilah bendanya yang akan membuatkan aku tidur sambil tersenyum malam ni... =P


hehehe... dan yang membuatkan ianya lebih manis ialah wang ini aku dapat dengan percuma. Pemberian ikhlas dari seorang sahabat. Aku dah tawarkan harga duit sebagai ganti pun dia tak mau.#Terharu wehh~

Dan ada lagi 5 keping duit luar negara yang dia bagi aku, sekeping duit negara UAE dan 4 keping duit China lama....

Okey,mau senyum sorang-sorang..daaa... =)

Saturday, January 21, 2012

2012

Now, aku dah habis belajar di UTHM (belum totally habis, tp aku akan menjalani Latihan Industri)

Dan secara tak rasminya, berakhirlah kehidupan aku sebagai 'mat retro' di Batu pahat. 6 tahun aku bertapak di sana, mengenali sorang demi sorang penunggang motosikal retro di batu pahat sehinggalah muncul muka-muka baru. Banyak giler kenangan aku bersama dorang, kenangan yang tak mungkin aku lupakan.

Daripada menunggang Honda Wave125, sehinggalah aku memiliki Honda Raider, Yamaha TZR, Suzuki GS550 dan terbaru Kawasaki KIPS KR150...

Ohhhh...semuanya tinggal kenangan...

Tak lupa juga kepada kawan2 satu universiti yang bertambah dan silih berganti dari tahun ke tahun..
Perjalanan hidup aku melangkau setapak lagi. Dari alam pembelajaran kepada alam pekerjaan. 
Mungkin tahun 2012 ni tahun aku 'slow' main motor.. Cukplah dengan apa yang ada buat masa ni.
Lepas ni hidup merantau, moto2 pun kena lah diselimutkan. Dan aku,akan fokus pada kerjaya dan perancangan masa depan... (perancangan keluarga mungkin??? hahaha)

By the way, aku takkan berhenti menyelami 'alam retro' kerana inilah jiwa aku.....

Selamat datang 2012!!!


p/s: esok nak beli seutas lagi jam the beatles...hehehe

Friday, November 25, 2011

Lucky Strike Cigarettes

Today i'm continue my story about "trip to Indonesia"

hey hey, i found something that cannot be found in Malaysia..

That is it!


hehe...Lucky Stike cigarettes.

only in Indonesia! very cheap, compared with malaysian price

**aku beli rokok ni di Solo, Indonesia
Harga di sana 10,600 rupiah... bersamaan RM3.12...murah kan?? hehe 

Thursday, November 24, 2011

Trip to Indonesia

Haiii...
ketika aku menulis entri ni, aku masih lagi berada di Solo, Jawa Tengah, Indonesia.
malam ni adalah malam terakhir aku di sini.. Esok tenghari aku aku berlepas pulang ke Malaysia.
seminggu aku berada di negara 'paling ramai orang Islam' ini, banyak giler benda-benda baru yang aku jumpa, aku alami dan aku rasa..

Perjalanan di Solo, Semarang, Demak dan Jogyakarta memang menarik. Baru aku tahu macamana keadaan di negara ini. Ada banyak pemandangan yang cantik. Sebab ada banyak gunung ganang, sawah padi dan macam2 aktiviti ekonomi. Kunjungan ke Universiti Diponegoro dan Universiti Muhammadiyah Solo juga sangat menarik.  Suasana pembelajaran di sana berbeza dgn universiti kami (UTHM). Pelajar2 dengan selamba je study ramai2 di kaki lima..sangat unik.. cuma aku hairan bila lihat mereka tanpa takut2 merokok di dalam kawasan universiti. Apa pun, semangat belajar mereka sgt mengagumkan sebab mereka boleh belajar dlm keadaan kekurangan kemudahan. (kalau kat Malaysia, mahasiswa dah mengadu macam2 agknye..termasuk aku..haha).

TETAPI, ekonomi di sini tidak sama dengan Malaysia. Masih terlalu ramai orang-orang yg hidup miskin, mengemis dan kurang pelajaran. Di mana-mana, kita boleh melihat banyak rumah-rumah yang kelihatan daif dan serba kekurangan jika nak dibandingkan dengan rumah-rumah di Malaysia. Dalam erti kata lain, "yang kaya semakin kaya, yang miskin tetap miskin"..Sumber ekonomi dari sumber pertanian dan tenaga buruh masih banyak. Walaubagaimanapun, suasana seperti itu sangat menarik. Seakan-akan aku berada di Malaysia pada era 80-an...klasik...hehehe.

Okehhh, dari segi elemen 'retro', aku boleh nampak banyak motosikal retro di atas jalan raya. Secara keseluruhannya, motosikal adalah pengangkutan utama di Indonesia. Sangat banyak motor di atas jalanraya (sampai nak melintas jalan pun susah..huhu). Dan motosikal retro yang paling banyak aku jumpe ialah 'Honda Hawk 145cc" (dikenali sebagai Honda GL Pro145cc di Indonesia).

*Honda GL Pro145cc (picture snapped at Plaza Hotel, Semarang, Jawa Tengah, Indonesia)


Seriously, sangat banyak.Kalau duduk kat tepi jalan, setiap selang 5 minit mesti akan nampak motor model ni lalu depan mata. macam2 corak dan 'pattern' modifikasi yang aku jumpa. Teruja jugak aku dibuatnya..hehehehe..Satu lagi ialah Yamaha RXking.. macam tak 'rare' dah kt sini..sebab banyak giler orang pakai..hehe..

Dah lah,sampai sini jelah aku cerita. sebenarnya ada banyak lagi yang aku belum cerita. Tapi aku dah tak larat lahh. Mata sudah mengantuk meyhhhh...T.T
Ada masa nanti aku cerita lagi ok. bye-bye.. nite =)

**nnti lepas aku balik Malaysia, aku update picture2 dan cerita lagi k..

Sunday, October 30, 2011

Tanggungjawab siapa?

Minggu lepas, seorang jejaka dari Sabah telah membeli 2 buah lampu belakang Honda Raider dari aku..
Alhamdulilah.... penghantaran menggunakan poslaju sampai ke Sabah dalam masa 2 hari.. (cepat jugak kn)

Tapi malangnya, salah satu daripada lampu tersebut telah pecah apabila sampai ke tangan pembeli..
Aduhhh..rasa bersalah sangat.. tapi mujurlah jejaka tersebut memahami risiko yang dihadapi apabila membeli barang jarak jauh..

Aku mintak maaf bro.. maaf sangat2...

** sebagai menebus kesalahan, aku akan jual sportrim MBX aku pada  kau jika sekali lagi kau cuba merisik harta kesayangan aku itu.

Friday, October 14, 2011

Mungkin kau tak tahu..

Mungkin kau tak tahu..

Aku cuba menulis di sini pabila aku tak mampu berbicara..
Pabila aku tak tahu dimana tempat untuk aku meluahkan rasa..
Sesungguhnya aku tak pernah singkirkan kau dari hati aku..
Benak fikiran aku tak pernah lari dari mengingatkan kau..
Soal hati aku tk pernah berubah terhadap kau..
Masih sama seperti aku mula2 mengenali kau, mendekati kau,  aku mendampingi kau dan aku dihindari kau..
Masih sama.. tidak pernah berubah...
Cuma masa dan situasi yang membuatkan perkara itu seperti tidak lagi kelihatan..


Mungkin kau tak tahu..

Bahawa aku masih tak tahu mengapa kau berubah sekelip mata..
Di mana silap aku...dari aspek mana kau menilai diri aku..
Salahkah aku hadiahkan baju the beatles utk kau..
Salahkah aku bagi converse buruk kesayangan aku untuk kau..
Jika aku tahu di mana silap aku, akan aku pastikan ia takkan berlaku..
Aku cuma nak kau gembira...aku cuma nk kau tersenyum..
Dan mungkin kau tak tahu.. salah satu alasan aku memanjangkan tempoh pengajian adalah kerana kau..
Kerana aku jangkakan yang kau akan sentiasa dekat dengan aku..
Tapi sebaliknya..ia tak terjadi...
Kalaulah aku tahu semua ini bakal berlaku.............

Mungkin kau tak tahu,,

Aku betul2 sukakan kau..aku sayangkan kau..
Sebab aku tk pernah jumpa insan sebaik kau...
Sifat independent kau..perwatakan kau..gaya kau..semuanya ckup meredupkan mata aku..
Aku takkan lupa tarikh 8 ogos..pertama kali kita berbicara soal hati..
Mungkin kau lupa..tetapi aku tidak..
Bahkan aku tak pernah lupa setiap peristiwa yang berlaku antara aku dan kau..
Semuanya masih segar dalam ingatan aku..
Sebab kau sangat istimewa..
Tapi aku tahu, aku harus pendam semua tu. tak mungkin layang2 mampu terbang tinggi jika tiada angin yg
menyokong..

Mungkin kau tak tahu...

Hati aku seolah-olah meramal sesuatu di saat kau menghindari aku..
Ramalan aku tepat, sekarang kau dah pun bersama insan yang kau pilih..
Memang sudah aku jangkakan insan terpilih itu..
Aku pasrah..aku redha..dan aku tumpang gembira..
Aku tak kisah jika aku tk dapat apa-apa, cukuplah sekadar aku mampu melihat gelak tawa kau dari sebalik lindungan..
Cukup mampu membuatkan aku tersenyum berbekalkan kenangan indah yang telah berlalu..
Cuma aku masih tak mampu berdepan dengan kau...
Aku cuba berpaling dan berpura-pura berwajah gembira setiap kali kelibat kau melintasi anak mata aku..
Aku tahu kau memandang aku...
Ingin sekali aku menatap wajah kau lama-lama..
Namun sengaja aku mengubah pandangan.. sebab aku tak mampu memandang kau terlalu lama.. aku tak mampu berbicara dengan kau..
Kerna aku takut kau terlihat raut wajahku yg gundah gulana ini..aku takut kau sedar bahawa aku masih memerhatikan kau..


Mungkin kau tak tahu..

Aku tak pernah menyesal mengenali kau..
Aku tak pernah anggap kau menyakiti hati aku..
Walaupun kadang2 aku terasa sesuatu yg mencucuk-cucuk hati aku bila aku teringatkan kau..
Aku tak tahu kenapa.. aku terganggu dek emosi yg tak stabil..
Tapi aku anggap itulah rencah kehidupan yang perlu aku hadapi..
Semuanya silap aku...aku yang mengharap...

Mungkin kau tak tahu...

Aku sedang belajar untuk tidak sayangkan kau..
Supaya aku tk menangis bila melihat kau bersama insan terpilih..

**thanks for the "Hard Days Night" movie.

Wednesday, October 5, 2011

GS'550 siap fasa restorasi enjin

Hari ni aku suka sgt..hehehe.. enjin motor Suzuki GS550 aku dah pn siap..(baru siap enjin jer, bodyset belum siap lagi)..
Tapi aku tetap happy, penantian 3 bulan untuk dengar deruman enjin tu telah pun berakhir..
Jom kita enjoy dengan sedikit video =)





Saturday, September 17, 2011

RM50 yang RARE!!

Hari ni aku dapat matawang lama yang aku cari2 selama ni iaitu sekeping RM50 yang tidak lagi dikeluarkan oleh Bank Negara.
Mungkin generasi sekarang tak pernah gunakan duit ini dan mungkin ada yang tak pernah tengok duit ni depan mata sendiri... inilah rupa ia ..



Haaa rare kan?? huhu
gembira betul hati aku dapat simpan duit ni sebagai koleksi.. oyeahhhh!!! ;D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...